|
|
| Wednesday, 4-Jun-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Koir Bandaraya 'Annual Diner 2008'
|
|
let's party
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 16-Feb-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Persembahan 3 Elemen
|
|
Persembahan 3 Elemen merupakan gabungan daripada Pasukan Berkuda, Pasukan Bermotosikal dan Pasukan Pancaragam dari JKP, DBKL yang beraksi dengan formasi muzikal di samping acara selingan gimik akrobatik.
Pelancaran majlis yang pada mulanya dirasmikan oleh YAB PM tapi hanya diwakili oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan.
dah la kena nyanyi tengah panas petang tu, jauh plak dari band yang iringi lagu.
Tarikh: 16 Februari 2008 (Sabtu)
Waktu: 5:00 petang
Tempat: Padang Bolasepak, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Perasmian : YAB Menteri KWP
Lagu
1. Negaraku
2. Malaysiaku Gemilang
|
|
|
|
|
|
| Friday, 15-Feb-2008 18:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Minit Mesyuarat Koir Bil 1/2008
|
|
|
Tarikh : 15.2.2008
Masa : 4:40pm
Tempat. BM1 JKT, Tkt 3, Menara PKNS
Kehadiran :
1. Azmi
2. Hisham Hashim
3. Sani Ahmad
4. Mohammad Zahri Latif
5. Wahida Zamri
6. Kamal Hazwan Ismail
7. Raihan Abd. karim
8. Khodijah Mohamed Ghazali
9. Norhaiza Zainol
10. Nor Hidatah Zainol
11. Sambaizura Borhan
12. Fauziah kamaruddin
13. Suriati Hj. Dollah
14. Mohd. Fauzi
15. Mohd. Faizal
16. Mohamed Iri Azwan Alang Ibrahim
Agenda :
1. Diner Party
2. Family Trip
3. T-shirt Club
4. Baju Koir
5. Lain -lain
Isu / Perkara :
1. Diner party
- Dimaklumkan party akan diadakna pada 3.5.2008 di Menara KL, jam 5pm
- Bayaran RM50 (Dewasa) & RM35 (Kanak-kanak) perlu dibayar kepada Iri, Nana & Wahida.
- Bayaran perlu dijelaskan pada bulan Februari 2008 & Mac 2008.
- Acara yang dicadangkan :
a. Hadiah untuk Best Dress L & P
b. Games : Musical Chairs, Kotak Beracun, Sambung Perkataan dll
c. Pertukaran Hadiah (RM5-RM10)
d. Cabutan Bertuah.
e. Persembahan : Jemputan, Koir Lelaki (Delima, Separuh Nafas oleh Awi, Kamal & Raihan) & Koir Perempuan (Nancy Sinatra, Boots Are Made For Walking oleh Zura, Hidayah, Haiza & Wahida).
f. Persembahan Karaoke : Lagu 60an (Nat King Cole, L.O.V.E oleh Azmi), Lagu 70an (Ramlah Ram, Kau Kunci Hatiku Dlm Hatimu oleh kak Gie), Lagu 80an (M. Daud Kilau, Che Mek Molek oleh Zahri) & Open Karaoke (MC oleh Ros & Sheren)
2. Family Trip
- Cadangan mengadakan family trip pada bulan November 2008 (cadangan 28-30/11/2008)
- Tempat cadangan di Rumah Rehat DBKL : Penang, Langkawi, Pangkor & Cameron Highlands.
- AJK :
a. Faisal untuk booking rumah rehat.
b. Fauzi untuk booking kenderaan JKM.
c. Azmi akan sediakan minit bebas.
d. Haiza diminta sediakan borang kehadiran sebelum Jun 2008.
3. T-shirt Kelab
- Cadangan buat T-shirt & seluar kelab.
- Azmi & Zahri diminta dapatkan contoh dan senarai harga.
4. Baju Koir
- En. Azmi maklumkan DBKL telah peruntukan 2 pasang setiap ahli koir.
5. Keahlian Ahli Koir
- En. Azmi memaklumkan masalah kekurangan ahli koir.
- Ahli koir disarankan untuk mengajak rakan-rakan yang berminat.
- En. Azmi memaklumkan cukup sekiranya terdapat 20 orang ahli koir lelaki dan 20 orang ahli koir perempuan.
Lain-lain Hal
6. Zahri membangkitkan hal elaun kehadiran.
- En. Azmi memaklumkan setakat ini ahli koir layak untuk tuntut 'overtime' sahaja.
- En. Azmi akan menyediakan minit bebas kepada DBKL untuk mohon elaun kehadiran.
7. Zahri bertanyakan surat kelulusan 'overtime'
- En. Azmi memaklumkan sedang dalam proses menyediakan surat permohonan 'overtime' untuk tahun 2008.
8. Iri meminta ahli koir untuk membuat pembayaran kehadiran ke party dengan kadar segera.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6pm.
Disediakan oleh;
Mohammad Zahri
Pencatit Minit
|
|
|
|
|
|
| Friday, 1-Feb-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sambutan Hari wilayah Persekutuan 2008
|
|
Wilayah Persekutuanku Gemilang, tema utk sambutan tahun ni.
kumpulan koir gabungan dari KWP, PPJ, DBKL & Labuan dijemput untuk turut sama menyambut.
tapi yang boringnya dari raptai hingga hari sebenar, macam2 perubahan dorang buat. tu yang buat kitorang pening tu. ada yang 'merajuk' taknak join hahahha.
tapi yang bestnya, MC malam tu siap promote kitorang tu ehhehehe. siap lead buat 'ombak' lagi. dan tak lupa buat pertama kalinya kitorang nyanyi lagu Malaysiaku Gemilang tanpa diiringi oleh minus one ataupun kombo. bergema wo satu stadium...
Tarikh: 1 Februari 2008 (Jumaat)
Waktu: 5:00 petang
Tempat: Stadium Bolasepak Cheras, Kuala Lumpur
Perasmian : YAB Perdana Menteri
Lagu
1. Nyalakan Tekad
2. Budi Bahasa Budaya Kita
3. Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur
4. Ibu Kota Permai
5. Negaraku
6. Malaysiaku Gemilang
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 21-Nov-2007 08:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Annual Choir Nite 2007
|
|
Dimaklumkan bahawa party telah Ditunda pada 03 Mei 2008
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 15-Nov-2007 14:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pertandingan Kecantikan & Pencahayaan Bangunan
|
|
|
Cam tak percaya je biler dapat jemputan camni. Mana taknya, 1st time nyanyi kat Menara ni. ingatkan kat bawah, rupanya nyanyi kat megaView iaitu aras ketiga di menara ni. kira leh tengok seluruh KL le.
kali ni sound check pukul 4pm (ye memang awal 4 jam). tapi kena tunggu dorang setting sound le, tempat la. penat menunggu tau tak. sebab masa yang banyak, kitorang turun untuk membasahkan tekak (almaklum makana tak disediakan).
lepas bersiap untuk show, kitorang bersedia di atas pentas sementara menunggu tetamu hadir. lebih kurang setengah jam jugaklah berdiri.
dan cam tak percaya apabila kitorang seakan-akan terkedu biler nyanyi. apahal eh. budak pompuan ingat budak laki yang nyanyi, tapi kitorang pun lupa gak...ish ish ish..
kena bomoh kot kiter ni....
Tarikh: 15 November 2007 (Khamis)
Waktu: 4:00 petang
Tempat: Menara Kuala Lumpur
Perasmian : Timb. Menteri Wilayah
Lagu
1. Malaysiaku Gemilang
2. Ibu Kota Permai
3. Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 26-Sep-2007 14:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mesyuarat Kumpulan Koir/ Nasyid DBKL 2007 Bil. 1
|
|
|
Minit mesyuarat Kumpulan Koir/Nasyid DBKL - September 2007
Tarikh : 26.9.2007
Masa : 2:30 petang
Tempat : Anjung Singgahsana, Auditorium DBKL
Kehadiran :
1. azmi
2. faisal
3. iri
4. zahri
5. nana
6. ros
7. waheeda
8. haiza
9.shereen
10. ros
11. raihan
Isu :
1. ada isu tentang imbuhan yg diterima oleh kumpulan nasyid utk show di JKP pada 25.9.2007
- terdengar desas-desus dari ahli kupulan yang bertanya tentang bayaran ini
-. en. Mie bgtau terima RM500 sbg token
- en. Mie cadang utk guna utk diner nanti
2. Nombor gaji yg diambil oleh faisal
- isu psl nombor gaji utk imbuhan
- dimaklumkan bhw nombor gaji diminta oleh jbtn kewangan utk urusan pembayaran atau claim nanti
3. Annual diner choir
- pd 24.12.2007 d menara kl
- tema = merah, hitam & putih
- ajk kutipan = iri & nana
- jamuan & tpt = en. Mie & faisal
- bayaran = rm50 & rm35 (2x)
- hadiah = iri & en. Mie
- games = zahri
- M.c = awie & amy
- penyertaan & sambutan = shereen & ros
- audio = hisham
- bag goodie = haiza & hidayah
- karaoke
4. Disiplin ahli koir
- en. Mie maklum ahlli kumpulan dtg lambat pd show buka puasa datuk bandar yang lalu
- begitu juga masa perhimpunan pg di jkp
- sekiranya ahli yg tidak dtg semasa latihan (terutamanya lagu baru), diminta tidak perlu dtg semasa show
- namun ahli kumpulan tidak bersetuju
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 25-Sep-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Berbuka Puasa Sempena Sambutan Hari Penguatkuasaan JKP
|
|
|
Alhamdulillah. dapat lagi show untuk kumpulan Al-Riduan. kali ni kitorang dijemput untuk bersama meraikan majlis berbuka puasa bersama anak2 yatim di samping majlis penyerahan sumbangan hari raya kepada pihak2 tertentu.
selepas persembahan nasyid, majlis diteruskan dengan tazkirah dari Ustaz Wan Sohor Bani Leman sebelum majlis berbuka.
Tarikh: 25 September 2007 (Selasa)
Waktu: 6:00 petang
Tempat: JKP
Perasmian : Datuk Ketua Pengarah
Lagu
1. Doa
2. Ku Cari Damai Abadi
3. Rasulullah
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 19-Sep-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Akhirnya dapat juga kiter bernasyid, setelah 'bercuti' buat sementara. Alhamdulillah. Bermula dari latihan dah ada yang perli memerli selain menyanyi dah cam nyanyi koir lak. ala tak kisah la tu janji semua yang datang bagi komitmen utk kumpulan kan.
Kali ni persembahan bersempena majlis berbuka puasa DBKL selain bagi meraikan anak2 yatim. kali ni buat di perkarangan luar pejabat lak ??????. apa ke halnyer. teringat kat abang opis ni biler dier tanyer "Naper tak buat kat Dataran yang mahal tu?". aku pun geleng kepala la.
majlis dimulakan dengan persembahan nasyid sebelum majlis sumbangan dijalankan. dengar kata ramai gak yang memuji persembahan kali ni. yela dorang jarang tgk nasyid Al-Riduan.
sementara menunggu azan untuk berbuka, kitorang pakat borak tanpa pedulikan orang2 di sekeliling.
selesai bebuka kitorang sambung borak lagi selain bincang utk majlis berbuka puasa dan annual dinner
Tarikh: 19 September 2007 (Rabu)
Waktu: 6:00 petang
Tempat: Perkarangan Ibu Pejabat DBKL
Perasmian : Menteri KWP & Datuk Bandar Kuala Lumpur
Lagu
1. Ku Cari Damai Abadi
2. Rasullulah
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 4-Aug-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Gotong Royong Mega DBKL
|
|
Buat julung kalinya, semua Pegawai & kakitangan DBKL diarahkan utk bersama-sama membersihkan kawasan di Kuala Lumpur sempena menyambut Kemerdekaan tidak lama lagi. Pada mulanya cam terpaksa jugak, tapi biler dipikirkan tanggungjawab pada warga kota, semua turun tanpa alasan.
Bagi kumpulan koir, kitorang ditempatkan di kawasan Parlimen Bukit Bintang iaitu di belakang Cosmopoint. tak sangka, bukan takat pandai sumbangkan suara, kitorang pun sanggup sumbangkan tenaga tau. Tahniah buat semua yang datang. Yang lain tu...pi gotong royong tempat lain kot heheheheh
Tarikh: 4 Ogos 2007 (Sabtu)
Waktu: 8:00 pagi
Tempat: Dataran Merdeka
Perasmian : Datuk Bandar Kuala Lumpur
Lagu
1. NegaraKu
2. Maju dan Makmur
|
|
|
|